SQUATTER IN MALAYSIA
Kewujudan petempatan setinggan bukan sahaja menjadi kesalahan dari segi undang-undang negara, malahan petempatan tersebut juga tidak disenangi oleh sebahagian masyarakat di Malaysia. Setinggan didefinisikan sebagai aktiviti penerokaan, kependudukan dan pembinaan bangunan di atas tanah hak kepunyaan pihak lain. Ini termasuklah di kawasan tanah kerajaan, tanah agensi kerajaan, tanah komuniti dan tanah persendirian secara haram dan tidak sah dari undang-undang. Petempatan setinggan di negara sedang membangun secara umumnya merujuk kepada kediaman yang tidak sah sama ada di atas tanah persendirian atau tanah kerajaan dan komuniti setinggan merupakan mereka yang mendiami kawasan tersebut. Setinggan adalah satu fenomena yang sering dikaitkan dengan pertumbuhan sektor perindustrian dan perbandaran di negara-negara membangun. Faktor peningkatan taraf hidup yang tinggi serta peningkatan kadar sewa rumah menyebabkan petempatan setinggan menjadi pilihan utama kepada pemilikan atau sewaan per...