SQUATTER'S PROBLEM IN MALAYSIA???

ISU PETEMPATAN HARAM


Setinggan

  • Kelompok penempatan penduduk yang dibina diatas tanah rizab kerajaan atau pihak-pihak yang tertentu tanpa mendapatkan kebenaran.
  • Susunatur bagi penempatan ini tidak teratur dan tidak mempunyai kemudahan asas, kemudahan kesihatan dan kemudahan sosial yang sempurna
  • Masalah yang timbul akibat daripada penempatan setinggan ini boleh membantutkan pertumbuhan ekonomi di sesebuah bandar. 
  • Apabila terdapat cadangan pembangunan dikawasan setinggan pihak kerajaan ataupun swasta akan menghadapi masalah bagi mengusir penduduk setinggan supaya berpindah.

GEJALA SOSIAL



  • Banyak gejala sosial yang terjadi dalam kawasan setinggan seperti masalah kesesakan, pengangguran, penyalahgunaan dadah dan lain-lain. 
  • Bukan gambaran menyeluruh komuniti penempatan sebagai penempatan yang menyalahi undang-undang tertentu.
  • Kerajaan dengan pertimbangan kemanusiaan telah menyediakan pelbagai bentuk kemudahan infrastruktur yang diperlukan misalnya balai polis dan sebagainya.
PERTAMBAHAN SETINGGAN



  • Kadar penghijrahan masuk yang tinggi telah mengakibatkan banyak tanah-tanah milik kerajaan ataupun swasta dijadikan alternatif untuk mendirikan rumah secara haram. 
  • Penawaran perumahan mampu milik yang diberikan tidak dapat menampung permintaan penduduk menyebabkan golongan ini terus menghuni di kawasan setinggan dan keadaan ini memberi kesan kepada pihak yang terlibat sama ada kerajaan atau swasta.
  • Keadaan ini memberi kesan kepada pihak pembeli dimana kos-kos yang terlibat dalam menyelesaikan masalah setinggan dimasukkan ke dalam harga seunit rumah yang dijual oleh pihak pemaju. 
KEBANJIRAN WARGA ASING



  • Bilangan warga asing semakin bertambah dari semasa ke semasa dan ini bakal mengundang pelbagai masalah termasuk jenayah.
  • Terdapat warga asing yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah selain disyaki terlibat dalam pengedaran syabu dan penyalahgunaan dadah.
  • Hal ini amat membimbangkan masyarakat setempat seterusnya bertindak melaporkan hal sebenar kepada pihak berkuasa agar dapat mengusir warga asing yang tinggal di kawasan setinggan.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

COVID-19 Around The World

Fasa-fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

The Impact of COVID-19 on the World Economy