Implikasi COVID-19 kepada Penduduk Setinggan


Pada waktu sukar ini, terdapat pelbagai implikasi COVID-19 sama ada ke arah kebaikan atau keburukan kepada kita sebagai masyarakat dunia lebih-lebih lagi kepada penduduk setinggan. Antara implikasinya ialah:

1. Bantuan

Sumber: Google Image

Di saat ekonomi global yang dilanda wabak Covid-19, bantuan kewangan sangat memainkan peranan dalam membantu rakyat yang dibelenggu pelbagai kesulitan. Pemimpin di seluruh dunia telah mengambil keputusan untuk mengedarkan bantuan dalam bentuk wang tunai untuk menampung syarikat, pekerja serta isi rumah. Pada masa yang sama, beberapa negara juga sedang berjinak-jinak dengan konsep negara kebajikan dalam usaha melindungi rakyat mereka dari bencana ekonomi yang melanda.
    Sebagai contoh, Sepanyol merupakan antara negara yang paling terkesan akibat wabak Covid-19. Kini, negara tersebut sedang mempertimbangkan pelaksanaan sistem pendapatan asas universal sebagai instrumen sistemik dalam menjamin taraf hidup rakyatnya ketika berlakunya pergolakan ekonomi.
     Selain itu, negara jiran kita Singapura pula yang biasanya enggan untuk berbelanja secara besar-besaran telah menggunakan sebahagian daripada rizab nasional mereka untuk membiayai sebanyak 75 peratus daripada gaji pekerja syarikat.
    Malaysia juga telah mengambil beberapa langkah untuk menyalurkan wang tunai secara terus kepada rakyat dan membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana atau PKS demi memacu ekonomi negara. Disamping itu, isi rumah dengan pendapatan bulanan di bawah RM8,000 dan individu dengan pendapatan bulanan di bawah RM4,000 layak mendapat bantuan kerajaan. 
    Oleh itu, kita melihat kebangkitan golongan 'miskin baru', atau golongan 'miskin yang berbeza' akibat wabak ini. Hal ini sudah semestinya membantu golongan setinggan yang selama ini terabai dan tiada penempatan tetap agar turut dibantu menikmati hidup yang lebih selesa lebih-lebih lagi pada waktu pandemik ini.

2. Kekurangan di segenap dimensi

Sumber: Google Image

Berikutan dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan selama lebih tiga bulan, pandemik Covid-19 secara tidak langsung telah menyebabkan kegawatan kewangan rakyat Malaysia lebih-lebih lagi bagi mereka yang hanya bergantung pada perniagaan kecil sahaja.
    Kini, golongan masyarakat seperti penjaja kecil terpaksa memilih antara risiko dijangkiti oleh virus yang berbahaya ataupun kebuluran akibat kehilangan sumber pendapatan sementara perusahaan besar sudah tentu turut terkesan namun masih mempunyai simpanan kewangan yang kukuh. Mereka juga sudah berpotensi untuk kembali stabil dan berkembang oleh kerana peraturan dan garis panduan yang ditetapkan cenderung menyebelahi mereka.
    Justeru itu, tumpuan terhadap isu pendapatan harus dirungkai, malah jurang antara masyarakat juga memberi kesan pada murid atau pelajar yang tidak mampu menjalani proses pembelajaran seperti sedia kala. Pendidikan merupakan hak buat semua dan hal ini telah mengakibatkan limitasi akses pada internet dan ketidakmampuan memiliki peranti 'smart phone'. Kombinasi yang sesuai bagi proses pembelajaran ini menjadi punca para pelajar ketinggalan dalam pendidikan. Jurang bandar dan luar bandar juga akan terus menghukum masyarakat yang tidak berkemampuan sekiranya tiada langkah yang efektif dan efisien yang diambil.
    Oleh itu, isu ini perlu diberi perhatian yang selayaknya. Hal ini demikian kerana penduduk setinggan yang sebelum ini telah terjejas akibat kesempitan hidup semakin tertekan akibat limitasi kepada pelbagai akses dan kemudahan serta pendapatan kecil-kecilan turut memberi impak yang besar dalam kehidupan penduduk setinggan.

3. Realiti Covid-19

Sumber: Google Image

Masalah ketidakseimbangan dalam tingkat masyarakat bukanlah merupakan suatu isu yang janggal dalam kalangan rakyat Malaysia, perbincangan ketempangan ini berulang kali diutarakan. Namun pada saat ini, ia bukan hanya ketidakseimbangan, malah lebih tertumpu mengenai data rasmi yang mengklasifikasi dan mengukur tahap kemiskinan masyarakat. Kemiskinan tidak terhenti pada mereka yang tidak memiliki kesenangan atau hanya berlindung di kawasan setinggan, kemiskinan ini datangnya daripada pelbagai dimensi.
    Pada saat ini, tidak mudah untuk menguruskan masalah klasifikasi kemiskinan pada waktu getir ini, namun pelbagai pihak harus memberi keutamaan pada pembasmian wabak Covid-19. Namun yang lebih penting adalah sekiranya isu pengukuran kemiskinan yang wujud daripada pelbagai dimensi ini tidak diusahakan. Oleh yang demikian, negara akan terus berdepan dengan masalah yang sama iaitu bantuan yang gagal disalurkan kepada kumpulan sasar misalnya golongan miskin sekiranya kita sekali lagi terpaksa mengharungi suatu bencana.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/83964/KHAS/Pendapat/Kemiskinan-multidimensi-dalam-era-Covid-19

#StayAtHome
#StaySafe
#KitaMestiMenang

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

COVID-19 Around The World

Fasa-fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

The Impact of COVID-19 on the World Economy